Friday, February 8, 2013

MELANGKAH KE DUNIA PERNIAGAAN

MELANGKAH KEDUNIA PERNIAGAAN
Assalamualaikum, sedikit perkongsian kepada semua yang baru memulakan perniagaan atau hendak memulakan perniagaan.

1) NIAT - Mulakan sesuatu perkara itu dengan niat.  Niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang baik. Itu sudah pasti.

2) STUDY – Bakal usahawan perlu buat kajian ttg perniagaan yang anda hendak ceburi, jangan main terjah sahaja.  Apa yang kita nak buat kat dunia ni mesti kena ada ilmu. Sebagai contoh Jika nak jual Telefon Bimbit  pastikan ada ilmu tentang telefon bimbit,  jika nak buka kedai makan pastikan anda ada ilmu tentang dunia makanan, jika hendak berniaga perlua ada sedikit ilmu berniaga.

3) RANKA/PLAN - Buat rangka/plan perniagaan. Untuk permulaan, buat rangka perniagaan yang mudah. Sebagai contoh anda nak jual apa? Nak mula bila? Kaedah pemasaran & jualan? Pembekal? Sasaran? Keuntungan?  Ini untuk pastikan anda tahu apa yang anda nak buat.

4) MODAL - Berapa modal yang perlu ada. Adakah perlukan modal besar baru boleh mula meniaga. Jika tiada modal bagaimana? Boleh mulakan perniagaan tanpa modal? Benarkah selama ini hanya jika ada modal baru kita boleh berniaga? Sebenarnya dalam dunia sekarang ini tanpa modal pun anda boleh berniaga. Cuma perlu tahu cara yang betul sahaja. Jika boleh elakkan meminjam modal dari syarikat kewangan kerana mengikut kajian 90% perniagaan yang baru dimulakan dengan modal besar dari pinjaman akan gagal pada tahun pertama. Cara yang terbaik mulakan dengan modal yang kecil dahulu. Tingkatkan dari masa kesemasa

5) DAFTAR NIAGA - Daftar niaga amat penting sebelum memulakan perniagaan. Semua jenis perniagaan perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Yuran daftar amat rendah, hanya RM50 - RM70 sahaja. Ingat, tidak kira anda berniaga secara  online atau cara konvensional, anda wajib membuat daftar niaga. Daftar niaga juga akan menambahkan keyakinan bakal-bakal pelanggan anda.

6) PROMOSI=JUAL- Buat promosi baru ada jualan. Tanpa promosi bagaimana nak jual barang. Dunia bisnes sekarang dah maju. Promosi boleh dibuat dimana mana sahaja dan pelbagai cara kaedah promosi dan menjual. Anda boleh pilih samaada nak buat promosi secara lama seperti iklan dalam majalah, surat khabar, flyer ataupun memilih teknologi iaitu secara online, bill board dan lain lain. Mulakan jualan pertama anda walaupun hanya mendapat RM1.00 sahaja.

8) BERJAYA/GAGAL – Jika anda berjaya teruskan ke nombor 9, GAGAL anda perlu bermula semua di langkah 1 dan anda perlu buat sedikit kajian kenapa boleh gagal. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.
 
9) MATLAMAT JANGKA PANJANG - Setelah perniagaan anda mula membuahkan hasil dan  stabil jangan berlenggah lagi. Tetapkan matlamat jangka masa panjang perniagaan anda. Matlamat penting untuk pastikan anda teruskan usaha dalam perniagaan.

10) KONGSI - Dalam perniagaan perkongsian amat penting. Jangan kedekut. Kongsi ILMU anda. Konsi KEJAYAAN anda. Kongsi KEKAYAAN ANDA. Saya pasti anda tidak akan rugi kita walau satu sen jika kita berkongsi malah InsyaAllah rezeki anda akan berjaya

Azhar,
Owner Sertc Enterprise

No comments:

Post a Comment