SERTC Dealer / Reseller Program

SERTC MENAWARKAN SATU PROGRAM RAKAN NIAGA DEALER /RESELLER KEPADA SEMUA.

Apa itu Rakan Niaga Deeler/Reseller program? Program Rakan Niaga adalah satu program perniagaan yang ditawar oleh SERTC kepada semua. Semua dealer/reseller akan mendapat satu harga reseller dan boleh menjual kembali produk denga harga retail. Harga dealer dan juga reseller mungkin akan berbeza. Dealer perlu keluarkan modal untuk memiliki stok. Kelebihan delaer alah lebih mudah menjual produk kerana memiliki stok utuk dihantar atau di tunjukkan kepada pelanggan.  Reseller pula tidak perlu keluarkan modal untuk menyimpan stok, namun tidak mustahil untuk buat jualan kerana Sertc juga akan mengajar semua cara-cara peniagaan yang baik kepada semua dealer/reseller secara percuma.

Ini adalah contoh pengurusan Rakan Niaga ( DEALER) :
  1. Daftar Menjadi Dealer Yang Sah SECARA PERCUMA. Pembelian minimum pertama dealer adalah RM 150.00
  2. Untuk tujuan pengiklanan atau promosi mengikut kesukaan dealer. Anda boleh buat iklan di fb anda, di group fb, di mudah.my, atau dimana sahaja. Semua dealer boleh menggunakan iklan didalam blog SERTC atau Group FB SERTC
  3. Buat tempahan stok dan pembayaran kepada SERTC
  4. SERTC uruskan penghantaran melalui pos laju kepada dealer
  5. Urusan selesai.

Ini adalah contoh pengurusan Rakan Niaga (RESELLER):
Tugas reseller hanya buat promosi/iklan, ambil tembahan, buat tempahan, ambil bayaran, buat bayaran pada harga reseller pada SERTC dan  SERTC yang akan uruskan penghantaran. 
  1. Daftar Menjadi Reseller Yang Sah SECARA PERCUMA
  2. Buat pengiklanan atau promosi mengikut kesukaan reseller. Anda boleh buat ikln di fb anda, di group fb, di mudah.my, atau dimana sahaja. Semua  Reseller boleh menggunakan iklan didalam blog SERTC atau Group FB SERTC
  3. Uruskan tempahan dan pembayaran dari pelanggan.
  4. Buat tempahan dan pembayaran kepada SERTC
  5. SERTC uruskan penghantaran melalui pos laju kepada pelanggan Reseller
  6. Urusan selesai, Reseller menjana keuntungan tanpa mengeluarkan modal

Produk Jualan SERTC Enterprise :
Sertc mempunyai pengalaman dalam perniagan dan menguruskan jualan runcit dan borong. Berikut adalah senarai produk jualan SERTC Enterprise .
  1. Telefon Bimbit original pelbagai jenama (Samsung, Nokia, Sony, HTC, Apple, DLL)
  2. Tablet Original Pelbagai Jemana (Samsung, Sony, Apple)
  3. Telefon Bimbit Clone Berkuati Tinggi dengan Waranty dalam Malaysia
  4. Tablet PC Berkualiti Tinggi Dengan Waranty Dalam Malaysia
  5. Gajet lain seperti GPS
  6. Memory Kad, Hard Disk, Pendrive
  7. Speaker Mini, MP3, Bluetooth Earphone/headphone
  8. Jualan Runcit dan Borong Aksesori telefon spt cover, screen protector, handfree dll
  9. Khidmat baiki telefon, tukar housing, tukar part dll
  10. Kidmat baiki software telefon
  11. Pembungkusan,Pemarasan dan jualan Produk Makanan Kampung Seperti Acar Buah, Acar Limau, Serunding Daging dan lain lain
  12. Khidmat Sewa P.A System Karaoke
  13. Khidmat Sewa Walkie Talkie
  14. Dan Pelbagai lagi perkhidmatan dan jualan sertc ent.
Apakah Syarat-syarat menjadi Dealer / Reseller SERTC?
  1. Minat kepada perniagaan
  2. Jujur dan amanah.
  3. Mempunyai Hasrat Yang Tinggi Untuk BERJAYA
  4. Warga Negara Malaysia
  5. Berpengetahuan menggunakan komputer, internet dan telefon bimbit
Bagaimanakah caranya hendak menjadi Dealer/Reseller SERTC ?
Mudah sahaja, ikut 3 Langkah mudah untuk mendaftar :
  1. Isi borang pendaftaran secara Online : Sila KLIK SINI
  2. Terima Nombor ID Unik anda dari SERTC melalui email.
  3. Untuk tujuan masukkan dealer / reseller ke group Rakan Niaga SERTC anda perlu add saya dan pm saya Nama dan NO ID anda. Klik sini utk ke FB admin https://www.facebook.com/azharulnizam

Setelah pendaftaran anda diterima oleh SERTC, Anda akan diberi id Rakan Niaga/Reseller dan  anda akan dimasukkan ke dalam group Facebook Rakan Niaga SERTC dan anda akan dapat segala maklumat, Tawaran dan harga Rakan Niaga.

Setelah permohonan anda diterima dan didaftarkan anda bersetuju dengan syarat perniagaan SERTC
  1. SERTC ENTERPRISE adalah syarikat yang menyediakan program reseller / dealer. Lokasi perniagaan SERTC adalah di Lot 1455, Kedai No 3, Kampung Membungan 18500 Machang Kelantan.
  2. DEALER : Anda bersetuju untuk membuat pembelian pertama minimun RM 150.00. Dealer adalah Peniaga yang akan mengambil stok dari SERTC dan menguruskan tempahan, pembayaran dan penghantaran produk secara sendiri. Tidak melibatkan SERTC untuk segala jenis urusan jualan diantara pelanggan dengan dealer
  3. RESELLER : Peniaga yang tidak menyimpan stok produk. Anda hanya  akan menguruskan promosi produk jualan SERTC, Mengambil tempahan, menguruskan pembayaran dari pelanggan dan membuat bayaran kepada SERTC sebelum produk dihantar kepada pelanggan reseller. Reseller tidak akan mempertikaikan perbezaan harga dealer dan reseller.
  4. Setiap dealer / reseller akan dibekalkan NOMBOR ID khas. No id ini adalah untuk kegunaan dealer/reseller sahaja. Anda tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan no id ini kepada orang lain untuk apa-apa tujuan sekalipun.
  5. Semua Dealer/Reseller Sertc boleh menghubungi pemilik Sertc dan mana mana personal yang telah dilantik oleh Sertc untuk tujuan tempahan dan pembelian, walaubagaimanapun Dealer / Reseller hanya dibenarkan untuk buat pembayaran ke Akaun Bank milik Syarikat SERTC Enterprise Sahaja.
  6. Reseller / Dealer akan diberikan no akaun bank SERTC Enterprise untuk tujuan membuat pembayaran. Dealer / Reseller tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan no akaun bank SERTC kepada pelanggan mereka walaupun untuk tujuan pembayaran terus kepada sertc oleh pelanggan dealer/reseller.
  7. Dealer / Reseller dinasihatkan untuk menyemak stok dengan SERTC sebelum membuat tempahan dan pembayaran
  8. Dealer / Reseller bertanggungjawab untuk membuat bayaran seperti yang dijanjikan pada masa yang di tetapkan. 
  9. Tempoh penghantaran tempahan adalah 1-3 hari dari tarikh pembayaran. SERTC akan berusaha membuat penghantaran secepat mungkin.
  10. Sekirannya berlaku penangguhan penghantaran kerana kehabisan stok atau lain lain masalah yang tidak dapat di elakkan, SERTC akan maklumkan  pada dealer/reseller dengan seberapa cepat yang paling mungkin mengikut kewajaran.
  11. Semua spesifikasi/waranty produk adalah seperti yang di iklankan sahaja. SERTC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang unsur-unsur penambahan spec/waranty yang dibuat oleh dealer/reseller.
  12. SERTC tidak akan bertanggung jawab sebarang penipuan yang dibuat oleh dealer / reseller dan Sertc berhak mengambil tindakan kepada dealer / reseller.
  13. PENAMATAN OLEH DEALER/RESELLER: Dealer / Reseller berhak untuk memohon penamatan daripada menjadi dealer/reseller SERTC pada bila bila masa yang difikirkan perlu sekiranya dikehendaki. Sila kemukakan permohonan rasmi.
  14. PENAMATAN DEALER/RESELLER OLEH SERTC : SERTC berhak menamatkan keahlian dealer/reseller pada bila bila masa yang difikirkan perlu tanpan sebarang notis sekiranya dealer / reseller : A) Melanggar mana-mana syarat / peraturan dealer/reseller program. B) Melakukan penipuan atau perbuatan khianat kepada pelanggan / SERTC. C) Tidak aktif untuk tempoh Dua Belas (12) Bulan dari tarikh pendaftaran diterima atau tarikh akhir berurusan dengan SERTC.
  15. SERTC berhak untuk membuat sebarang penambahan dan ubah suai syarat program ini pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

ISTIMEWA : MULAI 11/5/2013 SEMUA RAKAN NIAGA SERTC DIBERI HADIAH PERCUMA IAITU AKAN DIDAFTARKAN SEBAGAI AGEN JUALAN RUNCIT TOP UP/PREPAID EFLEXI  BERNILAI RM 20.00 DAN ANDA BOLEH MULA BUAT JUALAN TOP UP DENGAN KADAR KEUNTUNGAN 1.5% - 9 %.
MAKLUMAT LANJUT CLIK SINI : http://sertc.blogspot.com/p/agen-top-up.html

Selamat maju jaya. MULAKAN PERNIAGAAN ANDA BERSAMA SERTC ENTERPRISE.

"ANDA AKAN SETIASA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG GAGAL JIKA SENTIASA MENCIPTA ALASAN"

7 comments:

  1. dr segi harga reseller ade potongan ke dr harga jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUDAH TENTU ADA...
      anda daftar, then add fb saya kemudian saya akan masukkan anda dalam group reseller SERTC, di group semua reseller dapat lihat harga reseller/dealer dan harga cadangan jualan..

      Delete
  2. Replies
    1. 1) Tidak perlu/ mahu simpan stok. Tiada modal ditetapkan.. Anda just order item yang dikehendaki, then buat payment, conform payment masuk, SERTC akan hantar produk yg ditempah ke pelanggan anda melalui pos.

      2) Anda ingin simpan stok ?, Jika anda meniaga dengan lebih mudah stok mesti ada ditangan. anda boleh pilih produk yang betul2 bagus untuk dijual.. So anda boleh pilih produk yang dikehendaki then order, buat payment, produk akan terus dihantar kerumah anda melalui pos laju

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete