Saturday, February 16, 2013

BOROS.. Tapi Boleh Berjimat. Logik ker?

Boros... Mungkin satu perkataan yang amat mudah digunakan bagi sesorang yang suka membeli-belah mengikut kehendak hati. Kehendak pula pelbagai... Hendak beli itu hendak beli ini. Nak tukar itu dan nak tukar ini. Pantang nampak semuanya hendak. Begitulah sikap segelintir insan yang suka membeli.

Bagi yang suka membeli atau boros, perkataan BERJIMAT adalah sesuatu yang hampir mustahil dalam hidup anda. Jika anda tidak percaya cuba lihat simpanan anda sekarang berapa yang ada. Tidak banyak bukan? Sebab anda dah gunakan wang yang anda ada utk penuhi kehendak anda. Argghh mmg mustahil untuk berjimat bagi yang suka membeli ini..itulah yang selalu berada diminda hampir semua orang.

Tapi mungkinkah seseorang yang suka membeli boleh berjimat? Pejamkan mata anda dan fikirkan soalan ini.........

Mana mungkin... Itu kata minda anda..tetapi hakikatnya adalah PASTI BOLEH jika ada caranya. Opsss bagaimana? Betul kah? Ish tidak percayalah... Jom kita "review" benarkah orang yang mempunyai tabiat suka membeli belah ini masih boleh menyimpan.

Dalam dunia kini tiada yang mustahil jika betul caranya. Sesuatu yang mustahil difikir akal tidak bermakna ianya tidak boleh dibuat. Ramai yang telah buktikannya. Yang penting ada kemahuan yang jitu untuk melaksanakan sesuatu itu. Jadi bagaimanakan nak berjimat sedangkan kita ni kaki shopping

Saya teringat kepada satu cerita yang telah dimainkan oleh di kaca televisyen. Ianya tentang sikap suka membeli belah yang tidak dapat dibendung lagi. Seorang wanita yang terlalu obses kepada dunia "shopping" mudah terpengaruh dengan promosi promosi yang dibuat. Namun akhirnya terjerumus ke kancah hutang kad kredit yang terlalu banyak dan mengakibatkan beliau hidup dalam ketakutan dan tidak tenteram kerana di kejar oleh agen pengutip hutang. Pelbagai cara dilakukan bagi membuang tabiat suka shopping dan berhutang ini. Temasuk hadir ke kelas mengawal kehendak membeli belah. So berjayakah?

Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku pada kita yang juga kaki shopping...
Apakah tindakan yang wajar bagi kaki shopping. Hentikan tabiat membeli??? Ianya memang wajar namun bukan mudah hendak dilaksanakan. Hati seorang kaki shopping tetap tertawan di syurga membeli belah. Tidak kira lah apa yang dibeli sama ada pakaian, makanan, aksesori, gajet elektronik dan macam macam lagi.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dibuat untuk berjimat jika shopping menjadi tabiat atau hobi kita walaupun pendapatan tidak seberapa.

Pertama,  berjimat dengan beli kuantiti yang banyak. Ish betulkan langkah ini? Betul betul betul. Ini bukan cerita dongeng.
Jika anda inginkan sesuatu belilah dengan kuantiti yang banyak walaupun anda nak guna satu sahaja. Caranya mudah. Anda perlu buat sedikit kerja sahaja iaitu anda cari siapa diantara rakan dan ahli kekuarga anda yang perlukan barang yang sama. Jadi kumpul jumlah dah pergi beli. Contohnya jika anda memerlukan satu jenis cover  telefon anda boleh buat pembelian satu unit dengan harga RM39.90. Proses tawar menawar mungkin kurang berjaya jika beli satu unit TETAPI jika anda berjaya kumpul 2-10 orang lagi untuk membeli cover telefon MUNGKIN anda akan dapat harga yang lain kerana penjual lebih berminat utk memberi harga yang anda minta. Mungkin serendah RM 29.00/unit. Anda dapat JIMAT RM10.90 seunit DAN ANDA BOLEH SIMPAN RM 10.90 ini sebagai simpanan anda dan anda telah mulakan langkah penjimatan dan menabung.
Saya juga pasti dalam minda anda sekarang bermain satu soalan "Bukan mudah nak kumpul rakan utk beli borong, jadi macam mana jika tidak dapat kumpul rakan atau ahli keluarga. Pasti pembelian borong gagal". Nak buat macam mana ni? Mudah sahaja. Teruskan pembelian borong ni tetapi walaupun anda tidak dapat kumpul rakan. Selepas beli JUAL kembali barang tu. Jika produk yang anda beli ikut trend dan mempunyao permintaan yang tinggi pasti mudah dijual.
Pembelian secara borong sebenarnya dapat menurunkan harga. Hakikat ini diketahui oleh semua orang. Cuba dahulu usaha ini.

Kedua.  BELI...GUNA...JUAL...BELI...JUAL...BELI..GUNA... JUAL...BELI... Jangan simpan barang lama. Membazir. Konsep ni amat berkesan sebenarnya. Ianya utk mengelakkan kita simpan barang yg tidak diperlukan lagi.
Anda telah beli satu produk.. Anda guna sehingga anda tidak mahu dan anda jual jika anda nak beli produk lain pula. Sifirnya amat mudah seperti dibawah :
a) Beli : Produk bernilai RM 100.00
b) Guna : Sebulan dua atau setahun dua.
c) Jual : Jual kembali dengan nilai semasa mungkin 50% dari nilai asal = RM50.00
d) Beli : Beli produk baru anda mungkin bernilai RM150.00 Gunakan hasil jualan ditambah dengan wang anda. So disini anda dah berjimat.
NILAI ASAL -% SUSUT NILAI = HASIL JUALAN
HASIL JUALAN - NILAI BARANG BARU = MODAL DARI POKET ANDA
Jika anda tidak jual produk/barang lama anda kena keluarkan modal RM150 utk beli produk baru. Namun setelah anda jual produk lama dan beli produk baru anda hanya keluarkan modal dari poket anda  RM 100.00 sahaja. Anda jimat RM 50.00...Banyak tu...RM50 boleh ditabungkan untuk pembelian seterusnya atau sebagai simpanan sahaja. Disini anda boleh berjimat. Jadi siapa kata kaki shopping xboleh berjimat.

Banyak lagi kaedah lain...nanti kita sambung...xboleh nak tulis panjang coz nanti orang boring membaca.. cuba dulu dua kaedah diatas..mungkin anda berjaya.

KETIGA, BELI PRODUK TERPAKAI. (Akan dijelaskan nanti)

KE EMPAT,  JANGAN PANDANG PADA JENAMA ASALKAN KUALITI SAMA. (Akan dijelaskan nanti)

No comments:

Post a Comment