Saturday, February 23, 2013

KEKAYAAN

KEKAYAAN...terlalu ramai kejar...siapa yang tidak mahu kaya. Semua mahu kaya..saya sendiri mahu kaya cuma ramai yang tidak sedar kekayaan itu beerti kesusahan dan keperitan...bagi mencapainyer terlalu banyak liku liku yang perlu dilalui.. argg cukup perit.
Jadi ramai yang ambil jalan mudah untuk jadi cepat kaya...banya skim cepat kaya ditawarkan diluar sana. Ramai yang sanggup korbankan ribuan ringgit semata mata untuk DITIPU oleh penyangak skim cepat kaya ini dan akhirnya kekecewaan melanda hidup hanya semata mata nak senang.

Satu perkara yang pasti untuk mengejar kekayaan adalah USAHA. Tanpa usaha jangan mimpi la rezeki itu akan datang bergolek atau jatuh dari langit. Dalam konsep usaha ianya menjanjikan perkara yang pasti untuk kita. Pertama yang kita perlu lalui adalah KEPERITAN DAN KESUSAHAN. Kedua KEJAYAAN DAN KEGAGALAN. Ini adalah benda yang pasti kita lalui dalam usaha.

Sesetengah orang mungkin pernah lalui usaha sedikit dan mendapat kejayaan, Alhamdulillah kerana telah dipermudahkan oleh Allah.Sesetengah orang lain pula telah berusaha bersungguh sungguh namun kegagalan yang dia dapat...arggghh tentu kecewa dan putus asa mulai menghampiri anda. Anda juga mula tinggalkan apa yang anda usahakan kerana anda rasa anda tidak boleh berjaya. Akhirnya kekayaan menjauhi anda.
So fikir fikirkan la....

Dalam mengejar kekayaan juga kita selalu termenung dan terfikir " Bila la aku nak kaya?" Saya ada jawapannya. Sampai bila bila pun anda xkan kaya. Ini bukan mendoakan tetapi ini adalah hakikat sebab apa anda hanya terus termenung dan terfikir...tanpa anda memulakan langkah pertama..

"Ok tu peluang aku utk kejar kekayaan..tapi nanti dulu ler, sekarang aku sibuk. Tak sempat nak usahakan. Tunggu free sikit aku buat beruangguh sungguh"
WOW!!!! TAHNIAH jika ini bermain dalam minda, anda telah berjaya menempatkan diri anda di golongan orang yang rugi kerana peluang yang ada didepan mata dilepaskan begitu sahaja. Berkata tentang masa suka dingatkan satu perkara yang kita lupa.. " TIADA SEORANG PUN MANUSIA DIMUKA BUMI DINI MEMPUNYAI MASA LEBIH DARI 24/HARI" Jadi walau sesibuk mana pun sesorang itu dia tetap hanya anda 24 jam sehari. Cuma kira boleh jadi bijak untuk cukupkan masa kita. Ingat jadual amat penting dalam hidup... tetapi jangan biarkan jadual yang menyusun hidup kita...tetapi biarlah kebijaksanaan diri kita dapat menyusun jadual dengan baik agar semuanya dapat dilalui dengan mudah dan teratur dan cukip 24/day.

Ok ler dah panjang sharing hari ni....
Sertc enterprise

No comments:

Post a Comment