Saturday, October 13, 2012

Review S3 A3000 BM Mobile

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ni entry pertama ku ttg review produk, Saya tidak mahu berceritakan tentang handphone terkenal seperti Samsung, Apple, Sony, Nokia kerana sudah pasti ramai diluar sana yang telah buat review ttg jenama tersebut. So jika ada tersalah harap dimaafkan, almaklumlah ini kali pertama terasa nak menaip review di blog. Kat sini hanya nak ceritakan tentang model buatan china dan di edarkan oleh Syarikat BM Communication Sdn Bhd. Smartphone Model A3000.

Jom Kita mulakan dengan rekabentuk terlebih dahulu. Ini penting kerana sebelum kita lihat bahagian dalam phone, orang kita memang suka tengok design dulu, jika design menarik dan menawan hati baru ler kita akan berminat untuk lihat apa kelebihan lain hp..ada pula yang beli hp sebab design jer.

Ok, dari segi design BM A3000 menawarkan reka bentuk yang amat menarik iaitu hampir sama dengan design yang amat popolar di masa kini iaitu Samsung Galaxy S3.,,Ingat yer...HAMPIR SAMA bukanya 100% sama..boleh tengok gambar diatas. Hp ni agak tebal dan panjang sedikit dari galaxy s3 sebenar. HP tidak boleh menggunakan sebarang aksesori ori galaxy S3 kecuali Screen Protector, Charger dan Earphone.

WARNA 
BM A3000 datang dalam 2 warna pilihan iaitu Putih dan Biru seperti galaxy S3

Dari Segi PAPARAN screen kualiti screen memang amat jelas, saya tidak pasti jenis apa yang digunakan namun hampir sama dengan amoled LCD yang ditawarkan oleh samsung. Paparan main semula Video pula membolehkan anda mainkan paparan Video HD 30 fps.

CAMERA 
HP A3000 menawarkan resolusi yang amat baik iaitu dengan 8 Mega pixel. Camera ini dilengkapkan dengan fungsi HDR, iaitu untuk mengambil gambar dengan lebih berkualiti tinggi. Tidak ketinggalan juga camera hp juga menawarkan fungsi 4/8/16 shot berturutan dengan satu snap sahaja. Dengan Fungsi ini sudah tentu pemilik boleh merakamkan detik detik menarik dan multi shot dan memilih gambar yang paling baik. HP A3000 ini juga menawarkan kcamera kedua dibahagian depan untuk tujuan Video Call atau Web Cam. 

WIRELESS DAN NETWORK
Sebagai satu kelebihan kepada HP ini, A3000 menawarkan perkidmatan 2 Sim kad dalam satu phone. Slot sim pertama support network 3G untuk call/sms/mms serta internet dan sim kedua network GSM call dan sms. Yang paling penting penguna tidak perlu sibuk nak tukar atau potong simkad biasa ke simkad micro kerana hp ini hanya menggunakan sim biasa sahaja di kedua-dua slot. Seperti smartphone lain hp ini ada wifi, bluetooth, vpn, dan hotspot tethering dan USB tethering yang mana anda boleh jadikan hp ini sebagai MiFI (Mobile Wifi).

PERISIAN DAN APLIKASI 
Bagi menawarkan Smartphone yang canggih dan sesuai dengan peredaran masa dan mengikut teknologi terkini HP A3000 ini menawarkan kelengkapan perisian (OS) ANDROID 4.0.4 Ice Cream Sandwich. Satu perisian yang menjadi kegemaran semua pengguna smartphone. Ramai yang menganggap jika menggunakan OS seperti 2.2, 2.3 atau 3.2 adalah ketinggalan zaman,
Saya telah cuba hp ini dan download games menggunakan Google Play atau Blackmart tanpa sebarang masalah, Facebook, whatsapp, games, picFrame, document semuanya boleh digunakan di hp ini. Jadi sememangnya semua applikasi yang ada dalam google play boleh dimasukkan ke hp ini. Buat masa ini tiada upgrade ditawarkan untuk model ini seperti hp lain yang mana mula nak up ke 4.1 jellybean.

CPU, RAM, STORAGE 
Model A3000 ini dilengkapkan dengan processor yang hebat iaitu 1.4ghz dual core processor, RAM 512 mb dan Internal storage 4 gb. Ianya telah diuji menggunakan software Antutu Benchmark. Hp menunjukkan kuasa 1.4ghz processor bermula dari peringkat turn on hp lagi, ia hanya ambil masa dalam 5-10 second sahaja untuk loading sebelum boleh beroperasi sepenuhnya. Kemudian apabila anda sentuh dan slide jari di screen untuk lihat app menu anda akan terkejut dengan kualiti screen sentuh dan kuasa CPU yang yang amat baik. Semuanya amat lancar.
Oleh kerana internal memory kecil saya rasa pengguna mesti amat bimbang dengan kuantiti internal storage hanya 4gb, tidak perlu bimbang kerana hp ini mampu sokong hingga 32 gb Micro SD memory card.

KUASA BATERI 
Bateri yang digunakan menawarkan kuasa 2100 mAh dan boleh bertahan lebih 12 jam untuk penggunaan penuh network 3g dan internet atau 24 jam jika tidak menggunakan internet, hanya untuk call/sms bergantung pada cara penggunaannya. Bagi sesuatu smartphone adalah manjadi satu kebiasaan jika bateri hp boleh bertahan hanya 8-12 jam untuk penggunaan sepenuhnya dengan internet. Perkara ini tidak dapat dielakkan.

LAIN LAIN
Jika nak bercerita lebih banyak suda tentu pos ini akan berjela jela panjangnya..jadi saya ringkaskan sahaja fungsi atau kelengkapan hp ini .
- Full Pakej Aksesori termasuk dengan charger, usb cable, earphone dan waranty kad.
- Waranty, hp ini diberi waranty selama setahun oleh BM Communications.
- Free Gift, ini perkara paling penting..Set ini jua dibekalkan dengan free gift seperti Screen Protector dan Flip Book Cover Original.
- Kepantasan melayari internet, Secara peribadi kepantasan melayari internet hp ini berada ditahap terbaik. cukup pantas namun ianya amat subjektif kerana bergantung kepada kepantasan network disesuatu kawasan juga. 
- Antara yang mungkin difikirkan oleh bakal pengguna hp model ini dimana nak dapatkan akesesori atau alat ganti seperti cover, screen protector atau bateri. Memang diakui bahawa sukar didapatkan di kedai aksesori. Namun semua itu boleh ditempah dari seluruh dealer yang menjual HP ini.
- Fungsi lain boleh dikatakan hampir sama dengan semua smartphone yang menggunakan Android sebagai perisiannya..

Secara peribadi dan berdasarkan ujian serta pengalaman  menggunakan pelbagai jenis smartphone, HP BM A3000 ini tidak mengecewakan. Dari lima bintang saya berani bagi 4 bintang untuk hp ini kerana prestasi yang amat baik jika dibandingkan dengan HARGA hanya RM 799.00 sahaja. 
Jika dibandingkan dengan harga hp jenama lain yang menawarkan ciri-ciri yang sama saya pasti HP ini pasti menambat hati pengguna.

So setakat ini sahaja review untuk model ini. InsyaAllah jika ada masa saya akan buat lagi review untuk model lain. Andai berniat hati nak memiliki gadjet ini anda boleh join my group di :

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


1 comment:

  1. Kenapa spec saya beli cuma 1.0Ghz single core sahaja?Internal cuma 2GB

    ReplyDelete