NAK BAGI SEDIKIT PERINGATAN TENTANG MEMORY KAD ATAU ALAT MENYIMPAN ANDA
Sekarang ini ramai yang jual telefon second mereka bersama memory kad.. Tahukah anda ini adalah perbuatan yang berbahaya kepada diri anda dan keselamatan data anda dalam memory kad tidak terjamin?Alat menyimpan data adalah tidak selamat jika dipindah milik. Ramai yang tidak tahu bahawa walaupun semua data seperti document, gambar video dan lain-lain telah dipadamkan dalam memory kad atau pendrive boleh didapatkan semula.
Inilah kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini, dengan beberapa software sahaja , hampir 90% data dalam alat menyimpan data yang telah diformat atau dipadamkan boleh di recover semula. Ini amat berbahaya data peribadi anda jatuh ketangan orang yang tidak bertanggungjawab.
Saya ingin beri beberapa panduan mudah :
1) Jangan jual memory kad terpakai anda bersama dengan HP atau Camera, jika nak buat tarikan kepada pelanggan beri memory kad baru.
2) Simpan semua memory kad yang tidak digunakan di tempat selamat.
3) Musnahkan semua alat penyimpan data yang tidak digunakkan atau yang telah rosak dengan cara HANCURKAN ATAU BAKAR.
4) Jika anda menggunakan telefon bimbit yang ada dua pilihan memory iaitu internal dan external memory pastikan anda guna enternal memory sebagai tempat menyimpan data utama (Default).
Keselamatan data peribadi anda adalah tanggungjawab anda.
Salam Tuan.. Saya guna Samsung Galaxy S4 - Clone Korea katanya. Sekarang ada masalah touch screen tidak berfungsi.. Butang back dan ON/OFF berfungsi..Tapi tak boleh buat apa..Dah 2,3 kali reset soft dan hard..sama aje ..Bila cabut baterry dan On oke sekejap, then jadi balik touch screen tidak berfungsi..
ReplyDeleteApa masalah agaknya ?
Terima Kasih..