Monday, January 14, 2013

Go-Kart @ UiTM KELANTAN

Hari ni telah berlangsung bengkel asas go-kart di UITM Cawangan Kelantan. Bengkel ini di kendalikan oleh kelab go-kart UITM KELANTAN. Taklimat ringkas ttg pengenalan asas gokart dan cara pemanduan telah disampaikan oleh En.Ahmad Shahrizan, jurutera merangkap penasihat kelab ini. Antara tujuan bengkel ini adalah untuk mengajar pelajar ttg aspek keselamatan dan caea pemanduan dan pengendalian jentera ini dengan betul...Aspek keselamatan amat ditekankan kerana sukan ini akan jadi bahaya jika aspek keselamatan diabailkan.

So hari gak aku dapat ler main go kart dalam 8 laps...emmm pancit gak setelah lama xnaik...lebih satu semester cuti coz dulu gokart rosak...so kena hantar repair...dalam hati bila ler aku nak beli satu...

Hujung minggu ni kami akan ke Universiti Utara Malaysia untuk lawatan kelab go-kart ke litar gokart di sana...Maybe akan ada perlumbaan persahabatan kot...coz UUM dilengkapi dengan litar gokart sebenar...ini juga salah satu pendedahan kelab kepada ahli supaya lebih bersedia utk perlumbaan yang lebih besar..

Kami cuma berharap jika pasni dapat cari bajet utk membuat litar lebih besar di UiTM Kelantan dan membeli kereta baru agar sukan gokart ini bertambah maju...ada yang nak sponsor boleh jer.hehehe..

So saper sapa yang nak nak mencuba menaiki gokart 125cc dengan harga yang cukup rendah RM15/3 LAPS boleh hadir di litar pada 29 Jan 2013 hingga 2 Feb 2013.. Dari jam 10 am to 6.30 pm...ada program baru...Go-Kart For All...terbuka pada semua.

Selamat maju jaya pada Kelab Go-Kart Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan. 

No comments:

Post a Comment