Friday, July 5, 2013

KEDAI SERTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua follower dan pembaca blog sertc sekalian.

Alhamdulillah setelah 4 tahun berniaga telefon secara online kini SERTC Enterprise akan mengorak langkah ke dunia perniagaan baru. Sertc akan membuka kedai telefon bimbit dan aksesori telefon di Lot 1455, Kedai No 3, Kampung Membunga, Jalan Machang Pasir Putih, Machang Kelantan. Buat masa kini kedai Sertc sedang menjalani proses ubahsuai dan memasukkan stok. 

InsyaAllah, jika tiada aral yang melintang pada 29/6/2013 kedai Sertc Enterprise  akan beroperasi dan Sertc sentiasa menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan.

Dengan adanya kedai Sertc ini pelanggan boleh datang sendiri utk memilih aksesori dan telefon. Namun sertc tetap menyediakan khidmat pembelian secara online dan bersedia membuat penghantaran menggunakan pos laju ke seluruh Malaysia.

LOKASI 
Mudah sahaja untuk mencari kedai SERTC  ini kerana ianya terletak dijalan utama Machang -  Pasir Putih, Berhadapan dengan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang setra Berhampiran dengan JKR, Skynet, dan Kolenik Bima Sakti. Atau Untuk mendapatkan pandu arah yang lebih baik buka sahaja google maps dan anda boleh buat cari "SERTC INTERPRISE"

MEMBERSHIP CARD
Semperna pembukaan kedai ini, SERTC akan bukak satu tawaran istimewa iaitu pendaftaran ahli Sertc SECARA PERCUMA.. Membership program ini akan membolehkan semua pelanggan SERTC mendapat keistimewaan berikut :
  1. Diskaun istimewa iaitu dari 5% - 25 % untuk Semua produk Aksesori. Jadi sudah tentu pelanggan SERTC akan lebih JIMAT dengan SERTC. Semua alhi sertc akan diberi kad keahlian.
  2. Hadiah cabutan bertuah yang akan dibuat setiap bulan. Pengumuman akan dibuat dalam page Facebook rasmi  SERTC Enterprise
  3. UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SERTC KLIK SINI

DEALER CARD
Untuk dealer pun ada. Pada mereka yang berminat nak jadi dealer SERTC anda hanya perlu buat pembelian pertama bernilai RM 200.00 dan anda akan didaftarkan menjadi Dealer SERTC secara automatik. Selepas itu semua dealer layak dapat harga dealer walaupun beli hanya satu unit sahaja. Dealer akan mendapat kad dealer.

Jadi tunggu apa lagi..Jom Ramai Ramai Serbu Kedai SERTC Entterprise bermula dari 29 Jun 2013 ini dan dapatkan pelbagai aksesori atau telefon bimbit pilihan anda.

Contact : 

Azhar : 017-5758831 
Faiz : 013-9155992

Jom tgk proses kedai sertc..

No comments:

Post a Comment