Friday, May 10, 2013

Review Penggunaan Samsung Galaxy Note 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom kita tgk sedikit review ttg note 2 N7100 original set.
Samsung galaxy note sememangnyer mendapat tempat dihati pengguna. Galaxy note menawarkan teknologi terkini. Tidak terlalu besar seperri tablet dan tidak terlalu kecil seperti hp lain. Pendek kata ini adalah tablet phone terbaik di masa kini dari segi saiz dan teknologi. Galaxy Note 2 dikeluarkan untuk menggantikan galaxy note 1 N9220/N7000. Sudah tentu ianya datang dengan kuasa teknologi yang lebih hebat.

SAIZ : Saiz Screen 5.5 inch. Namun ianya kelihatan kecil sedikit dari note 1. Tapi ianya lebih panjang. Tujuan samsung buat begini sy fikir adalah untuk memberi sedikit keselesaan pada pengguna untuk mengendalikan hp sebelah tangan. Namun pada hakikatnya masih terasa kuranh selesa utk kendali note 2 sebelah tangan walapun mempunyai jari yang panjang. So bagi saya pengendalian note 2 sememangnya selesa digunakan dengan 2 tangan. So kalau dari segi saiz dan keselesaan penggunaan sebelah tangan mmg jatuh kepada s2, s3 dan  S4.
PROSESSOR DAN RAM :
Dari RAM DAN 1.5 quad core procesor sy rasa note 2 mmg terbaik. Padanan yang baik..lebih laju untuk buat kerja dan online malah main games. Setakat sy guna ni mmg tidak pernah lag or hang. Jika s3  dan note 1 hp akan senang lag. Terutama bila anda dah install pelbagai app.

Utk bateri jika anda on data pakej dan terlalu kerap online bateri normal akan tahan dari jam 8 am to 12 pm..namun jika tidak online tidak main games sy percaya bateri dia bleh tahan 2 hari..
S PEN : Teknologi ini mmg terbaik. Samsung sahaja menawarkan S Pen. Untuk kegunaan penulisan note menawarkan pengalaman s pen amat smooth, teknologi airview amat puas hati.

SCREEN CAPTURE : Note 2 menawarkan 2 cara screen capture. Pertama guna spen, kedua guna palm swipe. Satu pilihan yang menarik. Memberi keseleselesaan kepada pengguna utk memilih cara untuk scree capture.

INTERNET :
Untuk internet boleh digunakan dua cara. Pertama menggunakan wifi. Atau pun 3g network iaitu data plan yg disediakan oleh data provider. Internet data speed menggunakan data boleh mencecah hingga 21 mbps. Sy pernah cuba menggunakan data pakej oleh Maxis, Kelajuan paling tinggi boleh digunakan ialah 15 mbps..Fuh...tidak sangkut langsung tengok youtube..
Sistem android juga membenarkan pemilik note 2 berkongsi internet data pakej menggunakan hotspot..sama seperti hp lain.

So itu saje ler review note. Ada banyak kelebihan. Berbaloi juga untuk memiliki note 2 kerana harga nya amat reasonable.siapa yang nak beli note 2 boleh hubungi saya.
ORI SME SET :RM1799
- 1 year waranty dari Samsung Malaysia
AP SET : RM 1620
- 2 Year waranty dari kedai.
Dapat free gift bernilai RM 100.00

No comments:

Post a Comment