Monday, December 17, 2012

Antara Handphone Blackberry Baru dan Recon

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Handphone Jenama Blackberry amat terkenal di serata dunia,walaupun pada tahun 2012 hp blackberry agak tenggelam sedikit popularity nya jika dibanding dengan samsung namun blackberry masih berjaya memikat hati pengguna dengan fungsi-fungsi khasnya seperti Blackberry Internet servis (BIS) dan Blackberry Messengger (BBM. Namun sebagai seorang penjual hp, saya sering kali di hujani oleh para pelanggan dan keluhan oleh para pelanggan yang menyatakan mereka tidak tahu nak bezakan antara blackberry original baru dan se recon(refurbished). Ada pula yang mengadu bahawa mereka berasa tertipu kerana telah "Terbeli" hp recon, padahal semasa membeli jurujual/kedai hp mendakwa hp yang dibeli adalah set baru.

Di sini bukan saya hendak mengatakan set recon itu tidak baik atau tidak original, namun biarlah pembaca tahu bagaimana nak bezakan antara set baru atau set recon. Ini kerana pada pandangan mata kasar set recon adalah hampir sama dengan set baru. Jom kita pergi satu persatu tentang hp blakberry :

Set Baru (Original Dan AP Set)
Untuk pengetahuan semua, set baru yang dijual di Malaysia ada dua jenis iaitu :

Set Baru & Original : Set ini di pasang dan dikeluarkan oleh Blackberry sendiri kemudia ianya diedarkan oleh Brightstar Malaysia dan BrightPoint. Set ini diberi Waranty oleh sayarikat pengedar di Malaysia, Kedua dua syarikat ini mempunyai cawangan hampir di seluruh negeri. Apa yang saya tahu set ini di beri waranty selama DUA TAHUN. Jadi pembeli yang nak beli hp original dari brightstar mesti pastikan  anda tahun apa yang perlu ada pada hp dan kota sebelum beli. Ini adalah senarainya :
  • Hp anda mesti ada stiker original di bahagian skru, bawah bateri, bateri, dan semua aksesori, 
  • Didalam kotak mesti mempunyai waranty kad, dalam kes ini Brightstar Malaysia tidak menggunakan waranty kad jenis lama, tetapi telah mneggunakan waranty kad yang menyatakan anda perlu mendaftar kan hp anda secara online di laman web ini: https://extendedwarranty.my.brightstarcorp.com/BlackberryRegister/BBRegistration2.aspx
  •  
  • Aksesori Original
  • Waranty diberi untuk handphone dan aksesori
Jika hp anda mempunyai masalah dan hendak claim waranty, pengguna boleh pergi ke mana-mana cawangan Brightstar dan Brightpoin di seluruh Malaysia.

Set Baru & AP : Emmmm susah nak terangkan tentang AP set, kerana perbagai info yang saya dapat. Ada yang kata set ini dipasang oleh syarikat di Malaysia dan di beri waranty oleh syarikat yang memasang hp ini. Sejauh mana kebenaran hp ini di pasang oleh mana-mana syarikat di Malaysia saya kurang pasti dan masih mengkaji hal ini. Yang saya pasti HP AP SET HANYA DIBERI WARANTY OLEH KEDAI DIMANA HANDPHONE DIBELI. Ini bermakna jika hp bermasalah anda hanya bleh claim waranty di kedai yang anda beli hp sahaja dan kebiasaannya ianya diberi selama setahun. Ramai yang tahu bahawa set AP ini sudah pasti lebih murah, namun anda juga perlu tahun bahawa kebiasaannya waranty setahun adalah untuk litar sahaja, bukan untuk keseluruhan set tersebut. Untuk aksesori, lcd screen, biasanya diberi waranty 1-3 bulan sahaja.

Untuk kedua dua jenis set diatas saya yakin anda tidak perlu bimbang tentang sistem BIS dan BBM, sudah pastinya boleh digunakan kerana ianya adalah set baru dan tidak pernah digunakan.

Set RECON ( Refurbished) : So sampai kita di bab yang agak menarik bagi saya. Apa maksud RECON?
Set recon adalah terpakai set dalam/luar negara yang telah diperbaharui dari semua segi kecuali litar asal yang masih baik. Ini bermakna dari segi housing, bateri, stiker hp, lcd screen malah kotak pun diperbaharui. Disini kita selalu terlepas pandang dan mungkin ditipu kerana ada penjual yang jual set recon tetapi mendakwa ianya set baru kerana ianya sememanganya nampak seperti "BARU"....
Ok sebentar tadi saya kata litar asal tidak boleh ditukar kerana ini adalah enjin kepada semua sistem blackberry,Jadi pembuat hp blackberry recon ini sudah pasti hanya guna litak yang elok sahaja.Untuk pengetahuan semua, di litar hp ini terkandung semua maklumat hp seperti BBM, BB PIN. Jika litar ini rosak ianya hanya boleh dibaiki (Jika boleh la....). Jika dilaporkan hp hilang kepada pengeluar blackberry semua fungsi blackberry akan disekat dan tiada lah keistimewaan blackberry di hp ini.
Seperti yang saya katakan pada mula mula, saya tidak katanya hp recon ini tidak elok, kerana saya sendiri telah gunakan hp recon..lama juga saya pakai tanpa ada masalah.
Dari segi waranty, ianya bergantung padan kedai yang anda beli, ada yang tawarkan 1 bulan, 3 bulan malah ada yang berani beri waranty setahun untuk litar dan sebulan untuk aksesori. Jika anda jumpa set recon yang tawarkan setahun bagi saya tidak ada masalah la jika teringin beli hp blackberry recon dengan harga murah
Ayat mudah untuk difahami ttg set recon: Body/aksesori Semua boleh bikin baru , tetapi enjin tetap sama dan lama dan ianya adalah SET TERPAKAI.
Jadi anda jangan terkejut hp yang yang telah di hentikan pengeluaran masih ada dijual.

BAGAIMANA NAK CHECK SAMA ADA HP ANDA SET BARU ATAU RECON :
Mudah sahaja... Tetapi ianya hanya boleh dibuat sebelum anda masukkan simkad sahaja...ini adalah sedikit panduan.

Pertama sekali,Semua kotak hp baru original mempunya seal di kotak, set AP mungkin tiada seal di kotak dan set recon sememangnya pasti tiada seal stiker di kotak.

Kedua, jika anda sedar semasa anda handak beli hp blackberry yang baru ori dan AP,  penjual tidak akan benarkan sama sekali anda masukkan simkad anda atau simkad penjual ke hp atau pun menyambun talian wifi hp yang anda nak beli walaupun atas dasar nak cuba, anda mungkin dibenarkan untuk hidupkan hp sahaja jika bernasib baik.Anda hanya dibenarkan setelah bayar harga HP berkenaan
Berbeza dengan set recon biasanya penjual tidak kisah pun anda hendak cuba ataupun nak masukkan simkad anda di HP walaupun belum conform nak beli.

KENAPA YA pula mcm ni???? Ini adalah satu keistimewaan HP blackberry berbanding dengan jenama lain. Blackberry mempunyai satu sistem rekod masa  hp yang menunjukkan kiraan masa "voice usage" dan "data usage" TIDAK BOLEH DIPADAMKAN SAMA SEKALI walaupun hp telah diformat ataupun di reset beribu kali.
Apa bezanya :
Set Baru Ori atau AP :
Voice Usage : 0.00
Data Usage : 0.00 kb
- Ianya menunjukkan set ini tidak pernah digunakan sama sekali. Sila lihat gambar dibawah.


Set Recon / Terpakai :
Voice Usage : tiada lagi 0.00, ianya dah bergerak
Data Usage : tiada lagi 0.00, ianya dah bergerak
- Ianya menunjukkan berapa lama hp ini telah digunakan untuk membuat dan menjawab panggilan serta penggunaan data. Sila lihat contoh gambar
Bagaimana nak lihat data ini ? Untuk pengetahuan semua data ini tidak dapat dilihat didalam sistem hp secara kasar, pengguna  perlu tahu sedikit kod rahsia blacberry..hehehe..jangan bimbang..amat mudah.. ikuti langkah ini :

Buka Menu dan pergi ke Option (Gambar Spanar)

 link Option - anda bisa gunakan huruf O sebagai shortcut

Klik di Menu Status / Divice Option (OS 6)
Contoh Paparan OS 4 dan OS 5
link menu status

Contoh Paparan OS 6 keatas




Bila dan ada paparan seperti dibawah taipkan huruf BUYR


inilah hasilnya :
 





Setakat ini sahaja. Saya mohon maaf jika ada info yang kurang tepat.Ini adalah berdasarkan pengalaman dan sedikit study...
Nasihat saya berhati hati dan pastikan setiap nilai wang anada yang anda keluarkan berbaloi dengan produk yang ada dapat.
Contoh Harga Pasaran :
Curve 9300 Ori RM 599
Curve 9300 Ap RM 499
Curve 9300 Terpakai Ori RM 400
Curve 9300 Recon/ RM 290 - 350 ( Baru ler berbaloi.....)

No comments:

Post a Comment